Fitnah Anwar: Keputusan rayuan KJ 7 Feb. - Utusan Malaysia

Fitnah Anwar: Keputusan rayuan KJ 7 Feb.

amang seksual
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 7 Februari ini untuk keputusan rayuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berhubung perintah mahkamah yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya, 14 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai  Datuk Lee Swee Seng yang  bersidang bersama  Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah pihak-pihak terlibat secara dalam talian.

“Kami memerlukan masa untuk meneliti hujah pihak-pihak tersebut. Kami akan membuat keputusan pada 7 Februari ini iaitu selepas sambutan Tahun Baru Cina. Pihak-pihak tersebut juga diminta untuk memfailkan hujahan berhubung kos pada 24 Januari ini”,kata Hakim Swee Seng.

Khairy memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada Anwar di atas dakwaan memfitnah berhubung  ucapn ‘main belakang’ dalam ucapan yang dibuat di Lembah Pantai sebelum PRU-12.

Anwar, yang juga Presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita.

Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan saman Anwar terhadap Khairy dan memerintahkan beliau membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.

Hakim itu turut menolak permohonan Khairy untuk meminda penyataan pembelaannya bagi menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah komen yang wajar.

Khairy kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi namun pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan membatalkannya selepas membenarkan permohonan Anwar.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya