China arah mel luar negara dibersihkan dengan semburan basmi kuman - Utusan Malaysia

China arah mel luar negara dibersihkan dengan semburan basmi kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Perkhidmatan pos China mengarahkan semua penghantaran antarabangsa disembur dengan semburan pembasmi kuman dan menggesa orang ramai mengurangkan pesanan dari luar negara.

Hal ini kerana, pihak berkuasa kesihatan China mendakwa bungkusan penghantaran boleh menjadi punca penularan Covid-19.

Sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa China tidak menolak kemungkinan sesetengah penduduk mungkin dijangkiti degan wabak maut itu melalui barang yang dipos dari luar negara.

Terdahulu, seorang wanita di Beijing yang didakwa tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak, tetap dijangkiti dan duji positif dengan varian yang sama ditemukan di Amerika Utara.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyatakan risiko dijangkiti daripada permukaan tercemar – dikenali sebagai penularan fomit – adalah rendah dan semakin kini semakin berkurangan.

CDC berkata, wujud pengurangan 99 peratus dalam kesan virus yang ditinggalkan pada kebanyakan permukaan dalam masa tiga hari.

Namun, China tidak mahu mengambil sebarang risiko, lebih-lebih lagi menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan.

Negara itu kini melaksanakan sekatan yang ketat, ujian saringan besar-besaran dan menggunakan aplikasi penjejak kesihatan mengesan kontak jangkitan sebaik saja ada kes dikesan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya