LANGKAWI: Kekurangan bekalan coklat import di pulau peranginan ini dijangka kembali pulih menjelang cuti sekolah sempena Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. Pengurus premis Kawasan Kompleks Haji Ismail Group (HIG), Mahmuzi Osman berkata, walaupun bekalan coklat yang diterima tidak mencukupi untuk menampung permintaan, namun jumlahnya meningkat sejak Disember berbanding November tahun lalu. Menurutnya, pembekal coklat di Singapura adalah satu-satunya pemegang lesen mengedarkan coklat import. Katanya, pada awal pembukaan semula pulau ini kepada pelancong September tahun lalu, HIG telah membuat tempahan 2,000 karton coklat import, namun hanya menerima 100 karton…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya