PETALING JAYA: Kerajaan diminta membatalkan larangan menunaikan umrah dalam kalangan rakyat negara ini bagi mengelakkan syarikat pengendali menanggung kerugian, sebaliknya menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat. Pengarah syarikat Al-Muneer Travel and Tours Sdn. Bhd. Mohd. Amirizuan Ahmad berkata, kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan tergesa-gesa dan perlu mendapatkan pandangan pemain industri. Malah, katanya, terdapat banyak penambahbaikan yang sepatutnya dilaksanakan kerajaan terutama penyediaan ruang lebih selesa bagi setiap jemaah sewaktu dipakaikan…










