Aduan terhadap Zeti, SPRM serah kepada PDRM - Utusan Malaysia

Aduan terhadap Zeti, SPRM serah kepada PDRM

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aduan  diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, ini kerana  PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti iaitu Datuk Dr. Tawfiq Ayman melibatkan isu sama sebelum ini.

Kata sumber itu, keterangan Tawfiq juga telah disahkan diambil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 menerusi satu kenyatan media pada 15 April tahun lalu.

“Siasatan yang dimulakan oleh PDRM itu menumpukan kepada aspek kesalahan jenayah berhubung penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009.

“Manakala SPRM pula memberi tumpuan kepada pemulangan aset yang mana telah berjaya memperoleh sebanyak AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, milik Tawfiq Ayman dan Samuel Goh,” katanya.

Mingguan Malaysia sebelum ini mendakwa terdapat beberapa nama besar dikenal pasti menerima dana berkaitan skandal 1MDB tetapi perkara itu belum pernah didedahkan mana-mana pihak.

Perkara tersebut terdedah apabila SPRM berusaha melakukan pemulihan aset 1MDB sama ada di dalam dan luar negara yang melibatkan beberapa nama besar dan dikaitkan dengan 1MDB semuanya bernilai 20.5 bilion.

Dedah Mingguan Malaysia, satu siasatan juga telah dimulakan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram 2001 membabitkan Zeti dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, TPj Mohammad Zamri Zainul Abidin mengesahkan kepada Mingguan Malaysia, ada menerima aduan mengenai Zeti daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pada 22 Disember lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×