TNB komited bantu syarikat tempatan - Utusan Malaysia

TNB komited bantu syarikat tempatan

BAHARIN DIN mengiringi bekas Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) melihat pameran TNB yang mempamerkan pelbagai peralatan elektrik berteknologi tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited dalam memacu ekonomi negara dengan memastikan perolehannya diperuntukkan kepada syarikat bumiputera dan tempatan.

Polisi dan dasar perolehan TNB yang mengutamakan syarikat tempatan itu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, selain mengurangkan aliran keluar mata wang negara dan memperkasa ekosistem pemasaran tempatan.

Bagi tempoh antara 2018 hingga tahun lalu, sebanyak 98 peratus perbelanjaan perolehan TNB telah disalurkan kepada vendor tempatan, yang mana sebanyak 77 peratus purata perbelanjaan disalurkan kepada ekonomi tempatan.

BAHARIN DIN

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, sejak empat tahun lalu, TNB telah memperuntukkan purata RM8 bilion setahun untuk pengagihan projek berkaitan pembekalan elektrik.

Katanya, TNB akan terus menyokong peningkatan penyertaan vendor tempatan pada masa akan datang.

“Kami juga akan pastikan supaya pembabitan vendor tempatan bukan hanya pada produk asas, tetapi juga produk yang mempunyai nilai tambah.

“Asalkan mereka (ventor tempatan) berkeupayaan, berkemampuan dan memenuhi keperluan, kita akan sokong,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mencapai matlamat itu, TNB telah memperkenalkan Program Pembangunan Vendor dan memperuntukan minimum 30 peratus perolehan tempatannya kepada syarikat bumiputera di bawah Program Vendor TNB.

Malah jelas syarikat utiliti itu, bagi memastikan vendornya mendapat pendedahan dan penerangan terkini mengenai hala tuju dan peluang perniagaan ekonomi baharu, TNB turut menganjurkan Hari Terbuka Vendor di Ibu pejabatnya di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pestech International Berhad, Ir. Paul Lim berkata, sebagai vendor, pihaknya mengalu-alukan usaha TNB membabitkan vendor tempatan dalam pemodenan sistem bekalan elektrik yang sedang dilaksanakan mereka.

“Kami sudah bekerjasama dengan TNB sejak 2000 lagi melalui perbekalan dalam bidang Rangkaian Pembahagian, meter pintar dan switchgear.

“Usaha pemodenan yang dilakukan TNB ini memberi peluang secara tidak langsung untuk vendor tempatan meneroka bidang perbekalan dan pembuatan berasaskan teknologi terkini,” katanya.

 

Objektif Program Vendor TNB
» Menggantikan produk- produk import.
» Melahirkan syarikat bumiputera yang berupaya menghasilkan produk/perkhidmatan tempatan bermutu tinggi.
» Membangunkan syarikat bumiputera berwibawa, berdaya saing, dan berprestasi tinggi yang dapat mengetengahkan produk mereka untuk bersaing dalam pasaran tempatan dan menembusi pasaran antarabangsa.
» Meningkatkan penggunaan bahan tempatan.
» Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
» Mewujudkan kepakaran tempatan melalui kolaborasi dengan principal dari luar negara.
* Mengurangkan tempoh masa perolehan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya