PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya saf solat berjemaah kembali dirapatkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya menyambut baik cadangan Jakim, namun keputusan akhir dibuat oleh Jawatankuasa Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kata beliau, jawatan kuasa berkenaan akan meneliti lanjut dan membincangkannya…










