PRN Sarawak: Pengerusi PH Sarawak hantar borang pencalonan DUN Padungan - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Pengerusi PH Sarawak hantar borang pencalonan DUN Padungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen menghantar borang pencalonan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau tiba di pusat penamaan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada pukul 8 pagi tadi.

Chieng Jen kembali bertanding di Padungan, selepas tiga penggal menjadi penyandang kerusi DUN Kota Sentosa.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP pernah bertanding di DUN Padungan pada 2001 namun tewas kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Lily Yong Lee Lee. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN