PETALING JAYA: Proses permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap mana-mana individu dikehendaki oleh sesebuah negara kebiasaannya hanya memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebiasaannya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan notis itu kepada Interpol dengan mengemukakan alasan dan bukti permohonan untuk berbuat demikian. Menurut beliau, Interpol kemudian akan meminta maklumat tambahan sekiranya alasan dikemukakan…