PUTRAJAYA: Bencana banjir besar yang melanda Lembah Klang sejak Jumaat lalu menggambarkan Malaysia hampir tiada langsung persediaan bagi menghadapi kejadian tersebut selepas kali terakhir berlaku 50 tahun lalu iaitu pada tahun 1971. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, berbeza dengan negeri-negeri di Pantai Timur yang hampir setiap tahun dilanda banjir dengan kerajaan setiap negeri bersama…










