Kelab Belia Prihatin anjur program bersih Pantai Bagan Lalang - Utusan Malaysia

Kelab Belia Prihatin anjur program bersih Pantai Bagan Lalang

Kelab Belia Prihatin menganjurkan program pembersihan pantai Bagan Lalang, Sepang bagi menyahut seruan Perdana Menteri supaya menjayakan program hijau di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk menjayakan program hijau di Malaysia, Kelab Belia Prihatin telah menganjurkan program pembersihan pantai Bagan Lalang, Sepang.

Menurut pengasasnya, Luqman Hakim Md. Zim, lokasi tersebut menjadi pilihan kerana ia antara kawasan pelancongan yang hampir dengan Lembah Klang untuk membawa keluarga bersiar-siar pada hujung minggu.

“Kami turut mengadakan program ini bagi meraikan Hari Sukarelawan Belia Sedunia yang disambut pada setiap 5 Disember di seluruh dunia bagi menghargai usaha sukarelawan-sukarelawan yang sentiasa menyumbang tenaga demi kepentingan masyarakat.

“Saya berharap usaha kami akan terus mendapat sokongan dan bantuan tenaga mahupun teknikal daripada semua pihak termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan, anggota badan beruniform dalam memastikan program dan inisiatif hijau demi kemapanan negara dapat terus kita jayakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Luqman lagi, lebih 30 sukarelawan yang menyertai program berkenaan termasuk belia dan individu bukan ahli.

Hasil daripada itu, lebih 0.1 tan sisa buangan telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada anggota Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ketika selesai sesi pungutan.

Kelab Belia Prihatin merupakan ahli anggota rasmi YOUNGO, yang merupakan sayap rasmi kepada kanak-kanak dan belia bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Berikutan itu, selaras dengan perkembangan sedunia berhubung inisiatif menangani perubahan iklim khususnya dikalangan anak muda, Kelab Belia Prihatin telah pun merancang untuk turut serta dalam memastikan negara khususnya Selangor dapat menjayakan agenda melalui penganjuran program seperti ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya