Diskaun 80%: Kaunter saman JPJ, PDRM diserbu - Utusan Malaysia

Diskaun 80%: Kaunter saman JPJ, PDRM diserbu

Orang ramai beratur menunggu giliran bagi melakukan bayaran saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jalan Bandar di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaunter saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM)  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mendapat sambutan luar biasa sehingga sesak.

Utusan Malaysia difahamkan lapan kaunter dibuka agensi itu di dewan pameran KLCC dan semua kaunter sesak.

Seorang pengunjung,  Mohd. Syanizan Md. Nor, 41 berkata, dia sanggup berbaris panjang selepas mengetahui tentang diskaun yang ditawarkan empat hari iaitu bermula hari ini sehingga Ahad.

“Saya tunggu dan berbaris sejak pukul 9 pagi. Walaupun berbaris panjang, saya perlu bersabar kerana inilah peluang untuk mendapatkan potongan denda.

“Saya tidak sangka ramai pula yang datang pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Asmah Hanim Ali , 33 berkata, dia berharap tempoh diskaun dilanjutkan sehingga hujung tahun bagi mengelakkan orang ramai berbaris panjang.

“Saya terkejut melihat begitu ramai orang dan sesak. Tawaran  sehingga 80 peratus ini membolehkan ramai yang mampu bayar saman. Jadi adalah lebih baik saya datang ke sini walaupun mungkin terpaksa menunggu lama,” jelasnya.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan  selain kaunter di KLCC, pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Negeri, Cawangan JPJ dan UTC JPJ di seluruh negara serta secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya