PETALING JAYA: Sebanyak 86.9 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima suntikan vaksinasi, setakat malam tadi.
Berdasarkan laman CovidNow, perkembangan itu menyaksikan seramai 2,735,048 lengkap divaksinasi.
Sebanyak 3.3 peratus atau 104,097 golongan itu pula belum lengkap divaksinasi, manakala 308,355 atau 9.8 peratus lagi belum menerima suntikan vaksinasi.
Dalam pada itu, lebih 22,7 juta atau 97.2 peratus individu dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, 320,408 atau 1.4 peratus belum lengkap divaksinasi manakala 1,031,946 atau 4.4 peratus dari golongan itu belum menerima suntikan vaksinasi.
Perkembangan itu golongan remaja dan dewasa itu menjadikan seramai 25,493,520 atau 78.1 peratus individu keseluruhan negara ini lengkap divaskinasi. – UTUSAN ONLINE










