17 kluster baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

17 kluster baharu Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah 500 apabila merekodkan 419 kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 232 kes berbanding semalam 247 kes. 

“Daripada 5,446 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 5,358 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,427 kes manakala semalam, 5,020 kes sekali gus diatasi 5,446 kes sembuh.

“Sehingga hari ini, sebanyak 17 kluster baharu dikesan dengan jumlah kluster aktif adalah 254 kluster.

“Keseluruhan jumlah kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu iaitu 6,022 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,768 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 28 kes berbanding kelmarin, 66 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,746 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 28 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,220 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN