Tindakan drastik tangani banjir di Lembah Jaya - Utusan Malaysia

Tindakan drastik tangani banjir di Lembah Jaya

AKID Anuar (kanan) bertanya sesuatu kepada penduduk yang terlibat banjir di Ampang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Susulan banjir kilat yang berlaku di Lembah Jaya, Ampang kelmarin, Kelab Belia Prihatin Cawangan Ampang ‘turun padang’ bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Pengerusinya, Akid Anuar berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya kejadian yang sama tidak berulang.

“Ini bukan kejadian kali pertama dan saya ebagai anak tempatan, saya sendiri memang ambil maklum situasi ini. Lokasi kawasan yang berdekatan beberapa projek mega yang sedang beroperasi dan tadahan air juga dilihat menambahkan lagi kesan kepada masyarakat sekitarnya.

“Bencana seperti ini bukan kali pertama berlaku. Kerajaan sama ada persekutuan mahupun negeri perlu ambil tindakan segera untuk pastikan kejadian malang seperti ini tidak lagi berulang.

“Walaupun tidak ada kehilangan jiwa, tetapi ribuan yang menjadi mangsa telah dan akan mengalami kerugian berulang jika tidak diambil tindakan.” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebanyak 10 keluarga telah menerima bantuan tenaga untuk membersihkan rumah susulan kejadian yang berlaku semalam dengan dibantu 30 orang sukarelawan Kelab Belia Prihatin.

Turut serta ketika memberi bantuan kepada mangsa di Lembah Jaya, anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasukan Jabatan Sukarelawan (RELA). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya