[Tidak rasmi] Idris Haron ketinggalan di Asahan - Utusan Malaysia

[Tidak rasmi] Idris Haron ketinggalan di Asahan

IDRIS HARON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron ketinggalan dengan 1,190 undi di kerusi ‘panas’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan yang melibatkan  enam penjuru.

Idris setakat pukul 7.15 malam memperoleh 1,190 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan mendahului dengan 2,940 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Dhanesh Basil mengumpul 686 undi manakala tiga calon bebas Mohd. Akhir Ayob, Azmar Abdul Hamid dan Mohd. Noor Salleh, masing-masing memperoleh 22, 72 dan 58 undi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN