Tenang Liverpool, Mane 'okey' - Utusan Malaysia

Tenang Liverpool, Mane ‘okey’

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Jurulatih Se­negal, Aliou Cisse mengurangkan keresahan Liverpool apabila mengesahkan kecederaan Sadio Mane tidak serius, malah pemain itu dijangka boleh diturunkan dalam Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, 20 ­November ini.

Semalam, Mane terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 ketika Senegal mengikat Togo 1-1.

Penyerang berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan selepas berlaga dengan pertahanan lawan ketika melakukan tandukan.

Mane yang digantikan oleh Boulaye Dia selepas 28 minit perlawanan berlangsung, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong Reds.

Cisse bagaimanapun berkata, Mane dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan bukan kerana mengalami kecederaan serius.

“Ya, mengeluarkan Mane sememangnya menggugat kestabilan pasukan.

“Dia adalah pemain penting untuk pasukan, kami melepaskannya sebagai langkah berjaga-jaga dan kecederaannya tidak teruk,” katanya.

Perkhabaran itu pastinya melegakan Liverpool, Jurgen Klopp yang sudahpun kehilangan penyerang Brazil, Ro­berto Firmino akibat kecede­raan hamstring bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN