"Saya cuba sendiri dulu.." - Dynas Mokhtar - Utusan Malaysia

“Saya cuba sendiri dulu..” – Dynas Mokhtar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Dynas Mokhtar, 38, mendedahkan dia mencuba sendiri produk Black G yang diusahakannya kepada suaminya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, ketika disahkan positif Covid-19.

Menurut pelakon terkenal itu, produk yang diusaha bersama rakan niaga, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan, dia terlebih dahulu mencuba produk tersebut sebelum bersetuju untuk bekerjasama.

“Ceritanya begini, sebelum saya bersetuju untuk bekerjasama, kebetulan pada ketika itu suami pula sedang positif Covid-19.

“Jadi sebagai ikhtiar saya berikan produk berkenaan kepadanya untuk bantu mengembalikan imunisasi dalam tubuh badannya. Waktu itu, dia sudah mula hilang suara dan hilang deria rasa, mood dia pun tidak berapa baik.

“Disebabkan itu juga mendorong saya untuk cuba produk tersebut sebab bimbang jadi kontak rapat. Saya tidak kata boleh menyembuhkan tetapi usaha dengan izin-Nya. Alhamdulillah saya negatif,” katanya.

Dynas berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Black G dan kolaborasi bersama platform Shopee baru-baru ini.

Selain itu, Dynas bertambah yakin untuk berkongsi kebaikan produk selepas rakan artis yang mengalami masalah sakit lutut beransur sembuh.

“Kami berlakon sama-sama, dan saya perasan bila solat dia duduk atas kerusi. Muda lagi orangnya, jadi saya hairan.

“Katanya sebab terjatuh, enam bulan juga dia jalani rawatan tapi kondisi masih lebih kurang sama. Jadi saya syorkan Black G Plus Liquid, dalam dua minggu dia berikan maklum balas yang memberangsangkan.

“Alhamdulillah sampai sekaranglah dia masih amalkan. Malah dia pun siap kongsi khabar gembira dengan rakan-rakan lain. Saya gembira sebab dapat bantu rakan yang dalam kesulitan,” akhirinya.

Sebagai informasi, produk Black G terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Ekspo Dubai 2021/2022 atas kualiti dan manfaatnya.

Malah produk itu disokong oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dijangka dipasarkan di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat.

Selain itu produk tersebut juga boleh didapati menerusi Shopee bermula 21 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya