SELEPAS tiga tahun, Terengganu sekali lagi menjadi tuan rumah penganjuran Muktamar Pas Ke-67 yang diadakan di Duyung Marina & Resort di Kuala Terengganu, hari ini. Selain ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinantikan seramai 1,546 perwakilan di seluruh negara, kemuncak himpunan tahunan itu tentunya tertumpu kepada barisan jawatan kuasa baharu Pas bagi sesi 2021-2023. Seperimana pemilihan pada 2019, Abdul Hadi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man…










