PRN Melaka: SOP kabur, jejas peratusan keluar mengundi  - Utusan Malaysia

PRN Melaka: SOP kabur, jejas peratusan keluar mengundi 

MUHAMMAD DANISH Zainudin ketika melakukan ziarah kasih di sekitar Pengkalan Batu, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan perlu mengumumkan Prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelak berlakunya pelanggaran SOP terutama menjelang  hari mengundi 20 November ini.

 Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka, Muhammad Danish Zainudin brkata, SOP yang jelas penting kerana ia akan mempengaruhi peratusan orang ramai keluar mengundi. 

“Setakat ini, arahan dikeluarkan oleh kerajaan agak kabur dan kurang jelas.

“Saya ambil contoh, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu merupakan antara kawasan yang padat dengan penduduk. Oleh itu, kami berharap SOP yang lebih jelas dapat diputuskan bagi mengelak sebarang penularan kes atau kewujudan kluster baharu yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan larangan aktiviti perhimpunan dan majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November depan.

Larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Sub Peraturan 10 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Namun, SOP tersebut mengundang reaksi negatif pelbagai parti politik yang mahukan pandangan mereka turut diambil kira sebelum sesuatu diputuskan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN