PRN Melaka: BN umum calon Sabtu ini - Utusan Malaysia

PRN Melaka: BN umum calon Sabtu ini

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini. 

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu hantaran di Facebooknya, pengumuman nama calon itu bakal dilaksanakan secara atas talian melalui media sosial partinya. 

“Pengumuman nama Calon #BN live di Facebook #UMNO Online. Sabtu, 6 November pukul 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” tulisnya ringkas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November. 

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN