Pinjaman RM60,000 tak dapat, rugi pula RM22,724  - Utusan Malaysia

Pinjaman RM60,000 tak dapat, rugi pula RM22,724 

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan kerugian RM22,724 diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud ketika melayari Facebook di rumahnya di Bandar Kuantan Puteri di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 39 tahun itu menghubungi ejen yang memperkenalkan diri sebagai Jennifer dan memohon pinjaman RM60,000.

Menurut beliau, selepas itu, mangsa mengemukakan dokumen yang diminta iaitu penyata gaji dan salinan kad pengenalan untuk proses pinjaman namun selepas semakan mangsa dimaklumkan  permohonan pinjamannya tergendala disebabkan mempunyai komitmen  tinggi. 

Katanya, mangsa kemudian diminta berurusan dengan seorang individu bernama  Anson Chee bagi menyelesaikan masalah  tersebut.

“Selepas menghubungi Anson Chee, mangsa  diminta membuat pembayaran bagi membolehkan permohonan pinjamannya diluluskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, mangsa kemudian membuat 12 transaksi ke enam akaun bank yang diberikan ejen berkenaan yang  semuanya berjumlah RM22,724. 

Katanya, suspek berterus meminta mangsa membuat pelbagai pembayaran bagi membolehkan pinjaman RM60,000 diluluskan, namun mangsa enggan berbuat demikian. 

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya