Penyewa maki pengawal keselamatan ditahan terlibat kes jenayah - Utusan Malaysia

Penyewa maki pengawal keselamatan ditahan terlibat kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan menahan suami kepada pasangan penyewa yang tular selepas didakwa memaki-hamun seorang pengawal keselamatan, gara-gara menolak menjaga anak mereka baru-baru ini.

Eng Lai dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan tersebut dibuat atas kesalahan jenayah bersabit kes lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, bukannya melibatkan kes berkaitan video tular pergaduhan antara pengadu dan pengawal keselamatan.

Kata beliau, pihaknya pada mulanya ada menerima laporan berhubung berkaitan video tular berkenaan kira-kira pukul 7.29 pagi pada 1 November lalu yang dibuat oleh isteri suspek berusia 29 tahun. 

“Hasil siasatan  polis berdasarkan video yang tular tersebut mendapati, kejadian yang berlaku pada 27 Oktober lalu itu hanya melibatkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan dan tidak melibatkan kekerasan jenayah. 

“Sehubungan itu, tiada tindakan undang-undang ke atas kedua-dua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, polis berharap supaya spekulasi terhadap video tular pergaduhan antara penyewa dan pengawal keselamatan di Sky Awani I dapat dihentikan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat. 

“Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditalian 03-40482222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dan dihambur kata-kata kesat oleh seorang lelaki hanya kerana tidak menjaga anak mereka. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya