fbpx

23 Mei 2022, 3:39 am

  TERKINI

Penerima Sinovac diminta segera dapatkan dos penggalak

VAKSIN Sinovac dikatakan menyebabkan antibodi menurun selepas enam bulan dos kedua. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesakit Covid-19  kategori 4 dan 5 yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini dari minggu epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45, ramai membabitkan dalam kalangan penerima vaksin Sinovac.

Berikutan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer Sinovac lebih singkat berbanding vaksin-vaksin lain.

“Sela (masa) dos penggalak lebih singkat bagi Sinovac (tiga bulan), berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya lebih cepat berkurangan,” kata Khairy di Twitter hari ini.

Justeru, Khairy berkata, pihaknya mahu individu yang menerima vaksin Sinovac segera mendapatkan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid-19. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI