PETALING JAYA: Terdapat segelintir penjawat awam yang mempunyai rangkaian dengan pihak tertentu bertindak menyalurkan maklumat dan membocorkan rahsia-rahsia sulit kerajaan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat mendakwa, kegiatan itu dilakukan segelintir ‘pegawai-pegawai peringkat tertinggi’ bertujuan menyebarkan propaganda terhadap kerajaan pemerintah, sekali gus membentuk persepsi buruk dalam minda rakyat. Dakwanya, kumpulan itu yang dahulu dikenali sebagai ‘Napoleon Kecil’ adakala bertindak menyalurkan rahsia-rahsia tertentu atas alasan ia…










