PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ekonomi halal global dilaporkan akan meningkat kepada RM10 trilion menjelang tahun 2024. Beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut melaporkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekali gus mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025. Menurut Perdana Menteri, sepanjang tahun lalu sahaja, industri halal menyumbang sejumlah RM9.7…










