SHAH ALAM: Muhammad Rosli, 23, salah seorang daripada pasangan kembar Siam yang pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 2001 kerana kedua-duanya dilahirkan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha, bergelar graduan semalam. Dia menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Management dan Science University (MSU) walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda sepanjang masa. Ditanya rahsia kejayaannya, Muhammad berkata, nasihat arwah ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh dan membantu adik-beradik…









