Jumlah mangsa banjir di Kedah bertambah 546 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Kedah bertambah 546 orang

ANGGOTA APM melakukan pemantauan di kawasan yang dilanda banjir di Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 546 mangsa daripada 160 keluarga di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat pagi ini.

Mangsa banjir yang dipindahkan semalam seramai 509 mangsa daripada 153 keluarga di 11 buah PPS di daerah Baling, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, tujuh PPS masih kekal di Baling dengan 279 mangsa daripada 90 keluarga.

Kata beliau, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari menempatkan 24 mangsa daripada lapan keluarga, PPS SK Siong (21 mangsa daripada lapan keluarga), PPS Banggol Derom (46 mangsa daripada 10 keluarga), PPS Titi Gantung (14 mangsa daripada empat keluarga).

“Sementara itu,  PPS SK Tengku Putera seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga, 124 mangsa daripada 42 keluarga di PPS SK Pulai dan 24 mangsa daripada 10 keluarga di PPS SK Keda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Pendang juga meningkat seramai 199 mangsa daripada 51 keluarga berbanding semalam 188 mangsa daripada 49 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah.

“Jumlah mangsa banjir di daerah Pokok Sena turun dengan 22 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS Surau Permatang dan PPS Masjid Sungai Durian sudah ditutup semalam,” katanya.

Tambahnya, satu PPS baru turut dibuka di daerah Kota Setar iaitu PPS SK Langgar yang melibatkan 46 mangsa daripada 11 keluarga.

“PPS berkenaan dibuka pada pukul 6 petang semalam berikutan kawasan di Mukim Langgar dan Mukim Limbong yang melibatkan sebanyak sembilan buah kampung dinaiki air,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya