Dr. Koh Meow mati akibat penyakit jantung koronari, bukan dos penggalak  - Utusan Malaysia

Dr. Koh Meow mati akibat penyakit jantung koronari, bukan dos penggalak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr. Chai Koh Meow  disahkan akibat penyakit jantung koronari dan bukan kerana vaksin dos penggalak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan laporan tersebut menyatakan mendiang mengalami  hemopericardium akibat penyakit jantung koronari dan myocardial infarction.

“Ini adalah laporan yang  kita terima dan pihak KKM sedih dengan pemergian mendiang. 

“Saya berterima kasih kepada keluarga dan abang mendiang kerana membenarkan KKM memaklumkan dapatan hasil bedah siasat mendiang,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dengan jawapan mengenai kematian mendiang tidak lagi  menjadi bahan spekulasi untuk menghalang penerima vaksin dos penggalak.

“Apa-apa kes pun kita akan buat siasatan terperinci iaitu forensik dan bedah siasat diteliti sebelum satu ketetapan dapat dibuat malah buat masa ini tidak ada kematian yang disebabkan secara langsung daripada vaksin,” katanya.

Sebelum ini, Noor Hisham meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kematian pegawai kanan kesihatannya  pada 17 November lalu.

Koh Meow  telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak  pada 9 November dan  tidak melaporkan mempunyai kesan sampingan luar biasa dengan mendiang  hadir bekerja  seperti biasa sehingga 16 November.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.