SELEPAS musim menuai, aktiviti memancing ikan di dalam sawah atau tali air di sepanjang jalan menjadi antara tarikan rakyat di Perlis.
Ikan puyu antara yang menjadi tarikan pemancing khususnya pada waktu pagi atau petang ekoran keadaan cuaca yang redup sementara ikan pula banyak timbul mencari makan.
Lazimnya, mereka membawa pulang hasil ikan yang banyak apabila anak-anak puyu sudah membesar dan mampu memakan umpan pada mata kail khususnya pada hujung tahun. – UTUSAN ONLINE