YIDE terima sumbangan korporat RM420,000 - Utusan Malaysia

YIDE terima sumbangan korporat RM420,000

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi pihak YIDE menerima sumbangan daripada MAIS yang disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima sumbangan korporat berjumlah RM420,000 daripada lapan buah syarikat korporat, hari ini.

Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, pihaknya menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM115,000, Solar Alert Sdn. Bhd. (RM100,000), Aftacop Sdn. Bhd. (RM50,000) dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) (RM40,000).

Selain itu, YIDE turut menerima sumbangan daripada  KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEB)  sebanyak RM30,000, MZR Global Sdn. Bhd. (RM30,000), Aiman Platinum Sdn. Bhd. (RM30,000) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (RM25,000).

“Sumbangan tersebut diterima adalah bertujuan untuk diberikan kepada anak-anak yatim yang terkesan akibat Covid-19, pembelian mesin hemodialisis dan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah.

“Dalam majlis sama, YIDE turut menyerahkan sumbangan dana untuk tahun ini sebanyak RM677,000 kepada 19 buah rumah kebajikan selian kami dan tiga buah rumah kebajikan anak yatim iaitu Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor Darul Ehsan (RACTAR) berjumlah RM30,000, Rumah Aman (RM30,000) dan Rumah Amal Raudhatul Jannah berjumlah RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi perkongsian data YIDE bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menurutnya, seramai 1,403 orang pelajar daripada 1,020 buah keluarga telah menjadi yatim di Selangor.

Bagi meringankan golongan berkenaan, kata Bakhtiar, sumbangan RM500 secara one-off diberikan kepada 549 keluarga anak yatim dengan peruntukan sumbangan berjumlah RM274,500.

“Bantuan persekolahan sebanyak RM200 setahun kepada 794 pelajar anak yatim  dengan peruntukan sebanyak RM158,800 setahun. 

“Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan syarikat korporat dan juga orang awam yang terus menyalurkan infaq dan Insya-Allah setiap sen akan kami sumbangankan kepada golongan sasar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.