ARAU: Pas meminta UMNO mengkaji semula keputusan menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan meletakkan semangat perpaduan sebagai keutamaan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meminta UMNO mengingati dan merenung kembali kesukaran mewujudkan Muafakat Nasional (MN) yang mendapat sokongan penuh orang Melayu-Islam di negara ini. Kata beliau, ketika usaha dilakukan bagi menjernihkan keadaan, masih terdapat suara-suara dalam…










