PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, beliau mempunyai fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Malah, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan yakin mampu membuktikan perkara tersebut dalam tempoh 60 hari jika Malaysia tidak menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu. Bagaimanapun, menurutnya, beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat…










