Pengeluaran produk tidak boleh cetus keresahan rakyat - Utusan Malaysia

Pengeluaran produk tidak boleh cetus keresahan rakyat

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jemaah menteri  membuat ketetapan selepas ini tidak ada lagi pengeluaran produk yang boleh menimbulkan keresahan rakyat dalam konteks bangsa dan agama.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu juga adalah hasil pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dengan syarikat yang mengeluarkan minuman keras tersebut.

“Alhamdulillah, Menteri Agama juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna termasuk Menteri Perpaduan, kita panggil syarikat yang mengeluarkan arak dan kita nyatakan bantahan. 

“Kabinet telah buat keputusan bahawa tidak boleh lagi mana-mana pengeluaran yang mengeluarkan apa sahaja yang boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa dan agama, jadi ini satu polisi,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-62 di sini hari ini.

Menyifatkan ia sebagai ‘berita gembira’ beliau memberitahu mengetahui ada sesetengah pihak yang menggunakan isu arak tersebut untuk menyerang Pas.

“Apa kita buat, adalah kita bantah, sebenarnya mereka yang menggunakan isu untuk menyerang Pas tetapi akhirnya  jadi backfire (memakan diri) kepada mereka balik,” katanya.

Sementara itu, beliau menambah, kerajaan juga bersetuju untuk tidak agi menggunakan botol plastik dalam semua mesyuarat penting kerajaan selepas ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya