PETALING JAYA: Kerajaan diseru mempertimbangkan kenaikan pencen kira-kira 200,000 pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menerima bayaran pencen di bawah paras kemiskinan dan tidak berubah sejak tiga dekad lalu. Pengerusi Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pesara-pesara GLC terlibat membantu kerajaan dengan memilih Skim Penswastaan yang diperkenalkan dahulu namun hidup dalam kesengsaraan kerana terhimpit dengan kos sara hidup sedangkan pencen yang diterima mereka…










