Nenek seludup kokain bernilai RM5.69 juta, mati dalam penjara - Utusan Malaysia

Nenek seludup kokain bernilai RM5.69 juta, mati dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Seorang wanita warga emas dari Britain yang ditahan ketika cuba menyeludup kokain bernilai sejuta pound (RM5.69 juta) dilaporkan meninggal dunia di sebuah penjara di Portugal.

Lapor Daily Star, Susan Clarke yang berusia 72 tahun menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

Suaminya, Roger, 73, yang juga bersubahat dengan Susan ditahan dan ditempatkan di penjara berbeza.

Susan meninggal dunia akibat kanser payudara pada Ahad lalu selepas dibenarkan untuk berjumpa dengan suaminya untuk kali terakhir.

Berdasarkan laporan Mirror, Susan tidak dapat bercakap dengan suaminya kerana terdapat benjolan di bahagian tekaknya.

Menurut seorang sumber, Susan dijangka kembali ke England untuk menghabiskan tempoh hukumannya.

“Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan dibiarkan mati di penjara negara asing tanpa orang disayangi berada disekelilingnya.

“Susan menghidap kanser payudara namun para doktor di Portugal memutuskan untuk menghentikan rawatannya selepas tidak dapat melakukan apa-apa.

“Dia jelas berada dalam kesakitan. Usaha Roger untuk membawa pulang isterinya ke United Kingdom (UK) kini menjadi sia-sia,” katanya.

Pasangan itu ditahan ketika berada di sebuah kapal persiaran yang dalam perjalanan dari Carribean ke Lisbon pada Disember 2018.

Polis menemukan kira-kira 9.07 kilogram (kg) kokain di dalam empat beg pakaian.

Sebelum ini, Susan dan Roger mendakwa menjadi mangsa penipuan untuk membawa bahan terlarang itu dengan menyangka mereka menyeludup buah.

Namun, pasangan itu dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun pada September 2019.

Dilaporkan, pasangan itu pernah ditahan sebelum ini kerana menyeludup ganja seberat 240kg ke Norway pada tahun 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.