Lupus bot sita - Utusan Malaysia

Lupus bot sita

ANTARA bot nelayan tempatan disita Maritim Malaysia Pulau Pinang yang dilupuskan di tempat tahanan vesel Limbongan Batu Maung, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EMPAT buah bot nelayan tempatan yang disita Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilupuskan di tempat tahanan vesel Limbongan Batu Maung, Pulau Pinang, semalam.

Proses pelupusan bot-bot bernilai RM90,000 yang dilucut hak berkenaan dibuat melalui kaedah pemusnahan menggunakan jentolak.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, proses pelupusan barang kes yang telah selesai dan mendapat perintah mahkamah untuk dimusnahkan itu dibuat secara musnah tanam.

Beliau berkata, tiga bot berkenaan didapati melakukan kesalahan menggunakan pukat rawa sorong yang merupakan peralatan yang dilarang di antara Januari tahun lalu hingga Januari tahun ini serta bot nelayan tempatan kelas A yang tamat tempoh lesen.

Badan bot itu dimusnahkan dengan jengkaut kerana tidak boleh dijadikan sebagai tukun tiruan sepertimana bot-bot besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya