Jumlah terendah 9,066 kes selepas 83 hari - Utusan Malaysia

Jumlah terendah 9,066 kes selepas 83 hari

JUMLAH kes baharu Covid-19 mencatatkan empat angka semalam iaitu yang terendah selepas hampir tiga bulan. - UTUSAN/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 semalam merekodkan angka terendah selepas hampir tiga bulan iaitu sebanyak 9,066 kes positif.

Angka itu menyaksikan jumlah empat angka kali pertama sejak 12 Julai lalu atau 83 hari yang kali terakhir merekodkan 8,574 kes, sekali gus menjadikan jangkitan keseluruhan sebanyak 2,277,565.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya Selangor dan Sarawak merekodkan kes lebih 1,000 iaitu masing-masing 1,000 dan 1,418 kes.

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes tiga angka ialah Johor (981 kes), Terengganu (827 kes), Kelantan (796 kes), Sabah (767 kes), Kedah (670 kes) dan Pulau Pinang (620 kes).

Ini diikuti Perak 669 kes, Pahang (630 kes), Melaka (206 kes), Kuala Lumpur (201 kes) dan Negeri Sembilan (191 kes).

“Perlis dan Putrajaya pula merekodkan kes dua angka iaitu masing-masing 66 dan 24 kes, manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Noor Hisham, jumlah pemberian vaksin setakat tengah malam semalam merekodkan 87.2 peratus populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin, manakala jumlah satu dos meliputi 94.3 peratus.

Bagi penggunaan katil kes Covid-19 pula, beliau berkata, ia meliputi 52 peratus katil bukan di unit rawatan rapi (ICU) dan selebihnya 58 peratus di unit tersebut.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 109 kes berbanding kelmarin, 121 kes menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,565 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN