Jongkong emas : Pengurus perhubungan pelanggan bank dituduh pecah amanah - Utusan Malaysia

Jongkong emas : Pengurus perhubungan pelanggan bank dituduh pecah amanah

Mohd. Kamarudin Md. Din
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pegawai bank yang juga menyandang sebagai Pengurus Perhubungan Pelanggan di sebuah bank ditahan pada 21 September lalu kerana  terlibat dalam pecah amanah.

Penahanan itu dilakukan susulan tujuh laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes pecah amanah membabitkan suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan mendapati suspek telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dengan menggunakan wang simpanan tetap milik mangsa bagi membeli tujuh jongkong emas untuk dirinya sendiri.

Kata beliau, susulan itu suspek telah dituduh dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 27 September lalu. 

“Suspek tidak mengaku salah dan telah ditawarkan jaminan berjumlah RM30,000. 

“Bagaimanapun enam lagi laporan polis masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Kamarudin, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya ramai lagi mangsa telah mengalami kerugian akibat perbuatan suspek namun belum membuat laporan.

“Justeru itu, mana-mana mangsa terlibat diminta agar tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.