“Ibu yang sangat berhati mulia” - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

“Ibu yang sangat berhati mulia” – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Fasha Sandha menzahirkan kesyukuran atas kasih sayang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ibu mertuanya, Rokkiah Md Noor.

Pelakon drama bersiri Scammer itu turut berkongsi beberapa keping gambar dan rakaman video ketika menyambut majlis sederhana berkenaan di The Dim Sum Place Kuala Lumpur di Instagramnya.

“Yang terbaik di dunia, ibu mertuaku. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis, dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.

“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana menjadi ibu mertua terbaik buat Sha (gelarannya), kak Nurul dan Allya.

“Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang terbaik. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati, ruangan berkenaan dihujani ucapan dan doa daripada rakan-rakan artis dan peminat buat ibu mertua Fasha.

Sebagai informasi, pasangan Fasha dan Aidil Aziz bertunang pada 18 November 2018 dan berkahwin pada Mac 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha, setahun dua bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya