RAUB: Generasi muda Felda ramai berminat menjadi penuai sawit namun tercabar apabila taraf dan gaji mereka sama atau lebih rendah berbanding buruh asing. Justeru, pelan komprehensif tenaga buruh generasi Felda yang lebih menarik perlu diwujudkan bagi melahirkan penuai sawit di 317 tanah rancangan dan ladang Felda seluruh negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, isu kekurangan buruh ladang sawit di…










