MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menggunakan kaedah perundingan yang inklusif, jika tidak mahu berputih mata melihat Ketua Menteri kedua Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah di negeri ini. Hakikatnya, pertembungan tiga penjuru atau lebih tetap menguntungkan PH, tanpa perlu berasa risau undi mereka berpecah terutama di kawasan bandar. Ini kerana, 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini disandang wakil rakyat PH tidak akan sesekali bolos, begitu…










