PETALING JAYA: Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah jalan terbaik mengatasi kemelut politik di Melaka ekoran tindakan empat ADUN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri. Berikutan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) yang asalnya memiliki 11 kerusi, kini mempunyai kelebihan dua kerusi mengatasi parti pemerintah yang cuma berbaki 13. Setakat semalam, keempat-empat ADUN terbabit sudah mengisytiharkan menyokong PH dan sedang menanti untuk menghadap Yang Dipertua…










