Balu Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim meninggal dunia - Utusan Malaysia

Balu Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH DATIN KHATIJAH IBRAHIM. -IHSAN FB DR. MOHD. IZHAR ARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang petang ini.

Al-marhumah meninggal dunia pada kira-kira pukul 4,43 petang di Hospital Kuala Lumpur.

Anak ketujuh Al-marhumah, Fauwaz Fadzil memberitahu Utusan Malaysia,  jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi esok di Raudah Sakinah, KL-Karak, dekat sini.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis pada kira-kira pukul 11 pagi esok,” katanya.

Pemergian al-marhumah turut diciap dalam Facebook Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim pada kira-kira pukul 7.15 malam ini.

Pada 23 Jun 2002,  Fadzil yang ketika itu berusia 65 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Al-marhum meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas menjalani pembedahan pintasan pembuluh jantung di hospital sama pada 10 Jun 2002.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN