Bajet  2022: Kaum India mahu dana diagih melalui NGO bukan MITRA - Utusan Malaysia

Bajet  2022: Kaum India mahu dana diagih melalui NGO bukan MITRA

M. SELVENTHIRAN (berdiri, tengah) bergambar bersama tetamu hadir ketika Majlis Jalinan Kasih Deepavali sempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Masyarakat India menggesa peruntukan RM145 juta yang diumumkan menerusi Bajet 2022 disalurkan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komuniti itu dan bukan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan, M. Selventhiran berkata, ini kerana komuniti India mahu pengagihan tersebut benar-benar sampai kepada kumulan penerima.

“Kita tidak mahu dana tersebut disalurkan melalui MITRA. Salurkan terus kepada NGO lebih mudah,” katanya pada Majlis Jalinan Kasih Deepavali 2021 dan menyampaikan sumbangan kepada warga yang kurang berkemampuan di Klang di sini hari ini

Menurut beliau, pengagihan melalui NGO disifatkan lebih saksama apabila MITRA sebelum ini berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi tersebut.

Justeru, NGO komuniti India telah mendesak Majlis Penasihat Hal Ehwal Masyarakat (IAAC) menyiasat dakwaan kronisme dalam pengagihan peruntukan untuk golongan B40 kaum itu yang dikendalikan MITRA.

Terdahulu, menerusi Bajet 2022 kerajaan mengumumkan sebanyak RM145 juta disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah  MITRA dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN