Adib, Batu Puteh dan Tommy Thomas: Keadilan harap ditegakkan - Utusan Malaysia

Adib, Batu Puteh dan Tommy Thomas: Keadilan harap ditegakkan

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keadilan diharap dapat segera ditegakkan susulan komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan kes tiga kes menjadi tumpuan umum.

Ketiga-tiga kes itu adalah berkenaan siasatan terhadap kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, pertindihan tuntutan Pulau Batu Puteh dan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung campur tangan politik dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, beliau bersyukur akhirnya perhatian diberikan terhadap ketiga-tiga isu berkenaan dan berharap keadilan dapat ditegakkan.

“Alhamdulillah, kini kerajaan akhirnya memberi perhatian kepada kes-kes ini dan mula mengambil tindakan. Saya harap keadilan akan dapat diperoleh dan ditegakkan dalam ketiga-tiga kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri akan mewujudkan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus harun.

Jawatankuasa berkenaan adalah bagi menyelesaikan siasatan secara telus dan menyeluruh terhadap kematian Muhammad Adib berhubung rusuhan dekat Seafield, Subang Jaya pada 2018.

Selain itu, kerajaan juga Ismail Sabri juga menyatakan komitmen kerajaan untuk membuat semakan undang-undang terhadap tuntutan Pulau Batu Puteh yang akan diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Sementara siasatan terhadap dakwaan Tommy dalam tulisannya pula akan diketuai oleh Ketua Hakim Negara yang akan dilantik dalam masa terdekat dan disokong oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang serta Jabatan Peguam Negara.

Justeru, Isham menyatakan beliau mengalu-alukan komitmen kerajaan dalam usaha tersebut yang pernah dikupas pada beberapa siri ulasannya dalam media sosial sebelum ini.

Hal demikian termasuklah dakwaan pendedahan Tommy dalam bukunya yang mengaitkan kewujudan campur tangan politik dan pendakwaan terpilih ke atas kes-kes berprofil tinggi oleh beberapa pemimpin politik kerajaan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Kes-kes ini semua saya telah bawa dan perjuangkan. Kes Pulau Batu Puteh contohnya saya telah perjuangkan sejak bulan Jun 2018 lagi.

“Apabila penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Muhammad Adib dilepaskan pada bulan Disember 2018 kes tersebut juga saya telah suarakan dan tular melalui Facebook,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN