7,000 disasar kunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan  - Utusan Malaysia

7,000 disasar kunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan 

JUALAN aksesori perhiasan antara yang mendapat sambutan dalam penganjuran Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2021 yang diadakan Jalan Dato' Lee Fong Yee, Seremban bermula 25 Oktober lalu dan berakhir pada 3 November depan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 7,000 orang disasar mengunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2021  di Jalan Dato’ Lee Fong Yee di sini sejak 25 Oktober lalu sehingga 3 November depan.

Bendahari Jawatankuasa karnival berkenaan, S. Sugumaran berkata, setakat ini kira-kira 2,000 sudah mengunjungi karnival tersebut dan berbaki lima hari menjelang Deepavali, bilangan individu yang hadir dijangka terus meningkat.

“Sejak karnival dibuka, setiap hari dipenuhi pengunjung untuk beli-belahbarangan keperluan. Saya jangka lebih ramai datang hadir  pada saat akhir.

“Bahkan, ramai juga masyarakat India dari Lembah Klang  datang untuk beli pakaian, kuih tradisional serta barangan aksesori,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran karnival berkenaan turut tidak terkecuali perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Katanya, pada tahun ini, sebanyak 70 peniaga  yang dibenar mengambil bahagian dalam karnival daripada 125 permohonan.

Seorang peniaga, P. Lalitha, 25, berkata, dia yang sudah dua tahun tidak berniaga sempena sambutan Deepavali begitu teruja untuk menyertainya pada tahun ini.

“Walaupun agak bimbang dengan Covid-19, namun berniaga di karnival seperti ini lebih seronok, pengunjung boleh melihat dan memilih sendiri barangan aksesori seperti gelang dan rantai perhiasan yang dijual.

“Tetapi saya perhatikan, kebanyakan pelanggan memilih dengan lebih cepat kerana tidak mahu terlalu lama berada di sini kerana risau penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Bagi peniaga kuih tradisional, N. Gobi, 37, berkata, kuih tradisional masyarakat India iaitu muruku sentiasa menjadi pilihan pengunjung. 

“Saya sudah lama berniaga kuih-kuih tradisional, mewarisi perniagaan keluarga yang telah berjalan  40 tahun. Kuih-kuih ini semuanya kami buat sendiri dan setakat ini, kira-kira 20,000 balang kuih muruku telah terjual,” katanya lagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya