Terengganu sedia kuat kuasa hudud, qisas  - Utusan Malaysia

Terengganu sedia kuat kuasa hudud, qisas 

Satiful Bahri Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas 19 tahun tertangguh, kerajaan Pas Terengganu menyatakan kesediaan untuk menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pelaksanaan undang-undang itu bagaimanapun hanya akan direalisasikan  selepas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 diluluskan di Parlimen.

Katanya, sekiranya pembentangan RUU 355 berjalan lancar, maka Terengganu bakal muncul negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan hukuman hudud dan qisas mengikut peruntukan diizinkan.

InsyaAllah dalam masa terdekat kita berharap RUU 355 diluluskan, sekali gus akan memberi ruang seluasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan syarak ini kepada 96 peratus rakyat Terengganu yang beragama Islam tanpa melibatkan yang bukan Islam.

Mahkamah syariah Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan hudud dan qisas berdasarkan bidang kuasa ditetapkan,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri sudah menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Dalam pada itu, katanya, beberapa siri bengkel dan dialog membabitkan penguatkuasa, pihak pendakwa dan hakim syarie telah dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan persiapan serta persediaan Terengganu ke arah pelaksanaan hukuman hudud dan qisas.

Katanya, langkah itu dalam masa sama membolehkan pihak terlibat mengkaji semula peruntukan dalam enakmen hudud dan qisas yang dibuat pada 2002 itu dari segi kesesuaian seiring dengan peredaran masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.