PKPD: Nelayan dakwa tidak dapat turun ke laut  - Utusan Malaysia

PKPD: Nelayan dakwa tidak dapat turun ke laut 

Rintihan nelayan kelas C2 di seluruh negara yang mengeluh susulan kenaikan harga diesel dijual kepada mereka RM2.70 seliter.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kira-kira 1,000 nelayan kecewa apabila mendakwa tidak dapat turun ke laut sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah pada Isnin lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Hamid Bahari berkata, dia menerima banyak aduan dan rungutan daripada nelayan kerana keadaan itu menyebabkan golongan itu akan kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh PKPD.

“Nelayan pantai dan laut yang mampu memperoleh hasil tangkapan 100 hingga 200 tan sehari terpaksa menanggung kerugian besar kerana tidak dapat turun ke laut.

“Hasil tangkapan sebelum PKPD juga terpaksa disimpan dan akan rosak berikutan lori mengambil ikan tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, penghantaran ikan ke pasaran di beberapa buah negeri seperti Johor dan Perak mungkin terjejas kerana Kuala Kedah menjadi antara sumber terbesar ikan negara.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu dilonggarkan kepada nelayan supaya mereka dapat meneruskan kerja menangkap hasil laut seperti biasa seterusnya tidak menjejaskan bekalan sepanjang tempoh itu,” ujarnya.

PKPD di dua zon mukim Kuala Kedah bermula pada Isnin lalu hingga 19 September depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dakwaan nelayan tidak langsung dibenarkan turun ke laut adalah tidak benar.

“Nelayan yang ingin turun ke laut perlu mempunyai dokumen sah seperti mendapatkan kebenaran pihak polis, lengkap vaksinasi serta menjalani ujian saringan kesihatan.

“Kami juga memahami rata-rata penduduk sini bekerja sebagai nelayan, pergi ke balai polis berdekatan untuk dapatkan kebenaran,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya