KP Kesihatan diminta benarkan bakal bapa temani isteri di bilik bersalin - Utusan Malaysia

KP Kesihatan diminta benarkan bakal bapa temani isteri di bilik bersalin

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan memperoleh keputusan negatif ujian Covid-19 untuk menemani isteri dalam bilik bersalin.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi ciapan Twitter miliknya hari ini.

 

“Saya telah minta @DGHisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya.

 

Khairy menjawab ciapan Twitter akaun seorang individu yang memintanya bagi mempertimbangkan agar membenarkan suami yang lengkap divaksin untuk menemani isteri di bilik bersalah dan menawarkan ujian saringan Covid-19 untuk memastikan bebas daripada virus tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN